Keunikan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berperlimen dan
raja berpelembagaan akan akan dikupas melalui beberapa aspek iaitu konsep
demokrasi berparlimen, struktur Parlimen Malaysia, sistem demokrasi di
Malaysia, ciri-ciri demokrasi berparlimen, perlembagaan, keluhuran
perlembagaan, kepentingan perlembagaan, ketertinggian Perlembagaan Malaysia,
pindaan perlembagaan, konsep Raja Berpelembagaan, kuasa perintahan, badan
Perundangan (Legislatif), badan Pelaksana (Eksekutif), badan Kehakiman
(Judisiari), pilihan raya, parti-parti ploitik di Malaysia, negara persekutuan,
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, lambang-lambang negara, jata negera,
bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan
Sejarah awal Malaysia
bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di
Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah
negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah,
Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu berubah
menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan
mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. . Penemuan beberapa tapak
arkeologi Zaman Proto Sejarah
membuktikan wujud petempatan pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia
membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan
penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk
Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di
Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud
dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada
tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau
koloni di Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula,
kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih
awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan
Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.
Penempatan terawal British di
Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari
perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan
Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi
sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung.
Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.. Pada 1867,
Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang
lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah
dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya,
Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke
negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang
dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali
sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan
Terengganu berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara
yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan
Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai
Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelumnya.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan
komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat
dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat
imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun
menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan
mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang
membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal
mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama
Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.
Persekutuan yang baru
diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan
Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan
Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai
Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei.. Pada awal
penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan menakluk Malaysia,
dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura
menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.
1 comments:
Viva casino €20 no deposit bonus with a €10 no deposit
Viva casino €20 no deposit bonus with a 프로토 승부 식 €10 no 슈어맨 deposit bonus 프로토 with a €10 no deposit bonus. Viva Casino 스포츠 실시간 점수 벳피스트 놀검소 €20 No Deposit Bonus with a €10 no deposit bonus. 양방배팅
Post a Comment