Budibicara Majlis Raja-Raja
Anggota-anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut iaitu:-
Anggota-anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut iaitu:-
- Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;
- Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan;
- Pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau
- Pemberi ampun, replief dan respite atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.
Okay, disini kami ingin mengulang kembali budi bicara Majlis Raja-Raja ataupun lebih dikenali sebagai bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Ingatlah bahawa YANG di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa yang
luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua
Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif,
perundangan dan kehakiman.
Eksekutif
Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada
Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam
Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara
lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana
Menteri.
Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri
atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu
pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak
mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:
1. Melantik seorang Perdana Menteri.
2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.
3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan
semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran
raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.
Perundangan
Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada
Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian
komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut:
1. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
3. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
4. Memperkenankan Rang Undang-Undang.
2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
3. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
4. Memperkenankan Rang Undang-Undang.
Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik
dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang
untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa
melantik 40 orang senator lain.
Kehakiman
Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah:
![](https://i0.wp.com/www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/10dimen2d.jpg)
1.
Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah
Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah
Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah
dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.
2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik
sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang
mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana
Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai
Hakim Mahkamah Tinggi).
3. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang
berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak
melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.
4. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana
Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana
Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu.
Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan
Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin
atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya. Yang
di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima
atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan
hakim.
5. Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150
Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat
apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti
keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan
atau negeri dalam keadaan terancam.
6. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan
bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Agama Islam negeri berkenaan.
Baginda juga adalah Ketua Agama Islam di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik
jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah
Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah
dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.
Selain tiga fungsi ini, Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi seperti berikut:
1. Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.
2. Mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan
menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah
Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Labuan.
3. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
4. Sumber penghormatan dan kebesaran.
5. Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima mengadap diplomat asing.
6. Menghadiri pelbagai majlis dan acara.
Jelas kan?
1 comments:
terbaikkkk terima kasih. sangat jelas!
Post a Comment